Pembangunan Protokol Komuniti Dan Pengukuhan Aktiviti Sosio-Ekonomi Melalui Inisiatif Penjagaan Dan Penggunaan Secara Mapan Hutan Komuniti
Kawasan Bundu merangkumi Kg. Tiga, Kg. Bundu (Kg. Naukab, Kg. Tuad dan Kg. Batu 10), Kg.
Rantai (termasuk Kg. Motomou) dan Kg. Donggiluang yang terletak di persempadanan antara
Daerah Keningau dan Daerah Tambunan.
Kawasan Bundu ini terletak di ulu Sungai Bundu Apin-Apin yang menjadi wilayah penempatan
Datuk-Nenek-Moyang sebelum penduduknya terbahagi kepada beberapa kampung mengikut
keperluan semasa.
Kawasan yang terlibat dalam projek ini ialah di ulu Sungai Bundu yang juga sebagai Tadahan Air
Komuniti yang terletak di antara kawasan penempatan Kg. Tiga Bundu dan kawasan Taman
Banjaran Crocker. Kawasan ini menjadi kepentingan kepada 4 kampung utama iaitu Kg. Tiga, Kg.
Bundu (Kg. Naukab & Kg. Tuad), Kg. Rantai (termasuk Kg. Motomou) dan Kg. Donggiluang.
Kawasan ini menjadi amat penting sebagai sumber pencarian sumber hutan oleh komuniti dan
juga sebagai sumber pengairan padi sawah oleh beberapa kampung di sekitar kawasan Bundu
dan di dua mukim iaitu Mukim Apin-Apin dan Mukim Merampong.
Kawasan ini juga telah diwartakan sebagai Tadahan Air Kerajaan apabila penduduk kampung
berjaya membantah aktiviti pembalakan di kawasan ini pada sekitar Tahun 1997.
Masalah timbul apabila pewartaan ini dibuat tanpa sebarang rundingan dan persetujuan
penduduk kampung sehingga telah melibatkan sebahagian besar wilayah Tanah Adat di Kg. Tiga
dan Kg. Bundu. Semua Permohonan Tanah dan pengeluaran Geran Tanah telah dibekukan.
Aktiviti komuniti juga telah terhad.
Beberapa penduduk kampung juga tercabar dengan keadaan ini dan adakalanya bertindak
sendiri dan berpotensi untuk ancaman pencerobohan dan pembukaan tanah yang tidak
terkawal.
Projek ini penting untuk mewujudkan semula kekuatan kerjasama di kalangan komuniti untuk
terus menjaga kawasan ini disamping sokongan dari pihak-pihak berkepentingan melalui
pelbagai aktiviti sosio-ekonomi sebagai alternatif baru peningkatan ekonomi.

Loading map...
Project Snapshot
Grantee:
PERTUBUHAN PENGURUSAN HUTAN KOMUNITI, KG. TIGA BUNDU, TAMBUNAN SABAH
Country:
Malaysia
Area Of Work:
Biodiversity
Grant Amount:
US$ 25,615.00
Co-Financing Cash:
Co-Financing in-Kind:
US$ 3,312.50
Project Number:
MAL/ICCA-GSI/2019/02
Status:
Satisfactorily Completed
SGP Country office contact
Ms. Shin Shin, Lee
Phone:
603-8689 6055
Email:
Ms. Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican
Email:
Address
Level 10, Menara PJH, No.2, Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
Putrajaya, 62100
Putrajaya, 62100
Country Website
Visit the Malaysia Country Page