Membangunkan Protokol Komuniti Pulau Larapan untuk meningkatkan daya tahan sosial dan ekologi
Membangunkan Protokol Komuniti Pulau Larapan untuk meningkatkan daya tahan sosial dan ekologi
Pulau Larapan merupakan salah satu pulau yang terletak di daerah Semporna dan mempunyai
keluasan 161.955 hektar dengan berbentuk bujur, terdiri daripada dua (2) buah kampung iaitu,
Kampung Larapan Hujung dan Kampung Larapan Tengah.

Populasi penduduk di Pulau Larapan adalah sebanyak 1242 orang dan majoritinya adalah daripada komuniti suku kaum Bajau juga merupakan orang asal kepada pulau ini.

Secara tradisi, komuniti di Pulau Larapan bergantung penuh dengan sumber perikanan manakala aktiviti pertanian kampung pula sebagai sampingan. Antara infrastruktur asas yang terdapat di
pulau ini termasuklah sekolah rendah, tadika, masjid kampung, balai raya, solar, dan sistem penyahgaraman air masin.

Ancaman yang dihadapi oleh komuniti dan sumber di Pulau Larapan ini termasuklah
- ekonomi terjejas akibat pandemik covid19
- kemusnahan sumber khususnya sumber laut akibat pencerobohan nelayan bom ikan dan pemburuan
karang hidup

Oleh itu, dua pendekatan ini sangat tepat untuk membantu komuniti di pulau kami untuk mengatasi masalah yang sekarang ini dihadapi.

Melalui protokol komuniti, kami dapat membangunkan satu peraturan dan mengiktiraf satu kawasan perlindungan untuk sumber kami supaya tidak dihancurkan atau diceroboh oleh komuniti terutamanya nelayan bom ikan daripada luar. Protokol ini akan menjadi protokol yang pertama di Sabah yang dibangunkan oleh komuniti pesisir/pulau. Oleh itu, sekiranya kami berjaya membangunkan protokol ini, kejayaan ini boleh menjadi panduan kepada komuniti-komuniti pulau/pesisir di Sabah yang lain.

Pendekatan yang kedua pula akan dapat membantu komuniti di pulau kami untuk mempelbagaikan aktiviti atau sumber ekonomi. Kita percaya bahawa dengan sumber ekonomi sampingan dan alternatif selain bergantung penuh kepada aktiviti nelayan akan dapat meningkatkan daya tahan kita.
Apabila kita berjaya membangunkan banyak ekonomi alternatif dan sampingan di Pulau Larapan, komuniti nelayan akan secara perlahan kurang bergantung kepada sumber laut, dan ini akan dapat memulihkan keadaan sumber
supaya sumber lebih lestari.
Oleh itu, dua pendekatan ini sangat tepat dan Kelab Belia Kampung Larapan akan bekerjasama rapat dengan rakan kerjasama yang sudah bersetuju untuk menyokong usaha projek ini termasuklah
- Green Semporna
- WWF-Malaysia
- Sabah Biodiversity Council
 

Project Snapshot

Grantee:
Kelab Belia Kampung Larapan
Country:
Malaysia
Area Of Work:
Biodiversity
Grant Amount:
US$ 35,700.00
Co-Financing Cash:
Co-Financing in-Kind:
US$ 6,500.00
Project Number:
MAL/SGP/Y1/ICCA-GSI-COVID/2021/07
Status:
Project activities completed, final reports pending
Project Characteristics and Results
Capacity - Building Component
1. Diving training for a community with a purpose to gather information and mapping of important resources on the Island especially about the coral reef area. 2. Capacity building on construction and process to develop a community protocol. 3. Capacity building on sea cucumber culture.
Inovative Financial Mechanisms
Community Protocol will be compiled, verified and endorsed by the community leader and district office for the implementation in the island.
+ View more

SGP Country office contact

Ms. Shin Shin, Lee
Phone:
603-8689 6055
Email:
Ms. Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican
Email:

Address

Level 10, Menara PJH, No.2, Jalan Tun Abdul Razak, Precinct 2,
Putrajaya, 62100

Country Website